Batang Merbau merupakan sebuah kampung yang terletak kira-kira lapan batu dari bandar Tanah Merah. Pada awal empat puluhan,kampung ini merupakan sebuah kampung yang terbiar tanpa kemudahan pelajaran/sekolah. Penduduk kampung yang seramai 150 orang tinggal dalam keadaan buta huruf kerana tidak terdedah kepada sistem pendidikan serta tidak mendapat kemudahan pendidikan untuk anak-anak penduduk kampung menerima pendidikan di kampung mereka.
Dalam tahun 1946 ada dikalangan penduduk kampung telah mula menyedari betapa pentingnya pelajaran dan kira-kira lapan orang kanak-kanak daripada kampung ini yang mana ibubapanya telah sedar tentang betapa pentingnya pelajaran telah menghantar anak mereka untuk belajar di Sekolah Melayu Ipoh,Tanah Merah, Kelantan yang jaraknya lebih kurang lima batu dari kampung Batang Merbau. sepanjang tempoh persekolahan kanak-kanak ini telah tinggal di rumah allahyarham Hj. Zakaria bin Hj.Ab.Rahman yang pada masa itu merupakan seorang Penggawa daerah Ulu Kusial, beliau telah bermurah hati membenarkan kanak-kanak yang seramai lapan orang itu untuk tinggal dirumahnya yang terletak di kampung Ipoh memandangkan jarak diantara kampung Batang Merbau dan sekolah yang jauh.
Hasil dari ketekunan dan kesabaran kanak-kanak tadi,mereka itu telah pandai membaca dan menulis. Oleh itu setengah daripada mereka telah dipilih untuk menjadi pembantu kepada penghulu kampung untuk membuat kerja-kerja yang berkaitan dengan urusan pejabat daerah.
Dari contoh yang jelas ini barulah semua penduduk kampung Batang Merbau mulai sedar betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan seharian mereka terutama untuk menjamin masa depan anak-anak mereka. Lantaran itu semua penduduk kampung telah bersepakat dan bermuafakat untuk mendirikan sebuah sekolah rakyat di kampung mereka untuk anak-anak mereka mendapat pendidikan secara formal.
Pada penghujung tahun 1946 hasil daripada kesedaran dan kesungguhan penduduk kampung sebuah sekolah telah mula didirikan dan diberi nama Sekolah Rakyat Batang Merbau. Sekolah ini dibina dengan kerjasama penduduk kampung di bawah pimpinan Tok Penggawa pada masa itu iaitu Hj. Zakaria bin Hj.Abd Rahman, serta Tok imam yang bernama Hj.Ismail bin Hj.Ab.Rahman dan Che Yusoff bin Kechik, tok penghulu kampung. Pada awalnya hanya seramai 25 orang murid sahaja yang berlajar di sekolah ini yang mana gaji guru-guru dibayar oleh tiap-tiap orang murid sebanyak seringgit seorang.
Seramai dua orang guru sahaja yang bertugas pada masa itu, iaitu
1. Wan Ramli bin Wan Kadir
2. Che Othman (ustaz yang berasal dari perak)
Sekolah ini terletak ditepi jalan raya dari Tanah Merah ke Batu Melintang dan berhampiran dengan rumah Tok Penggawa iaitu Allahyarham Hj. Zakaria bin Hj.Abd.Rahman (dibelakang balai polis Batang Merbau sekarang)
Perkembangan persekolahan dari tahun 1946 hingga 1949 adalah begitu pesat sekali sehingga menyebabkan bangunan asalnya tidak mencukupi dan terpaksa di tambah memandangkan jumlah muridnya telah bertambah kepada seratus lima orang. Oleh yang demikian pihak pemimpin (jawatankuasa sekolah) telah berusaha untuk menambah satu bangunan lagi bagi menampung jumlah pelajar yang semakin meningkat. Maka pada awal tahun 1950 seluruh penduduk kampung ini sekali lagi bergotong royong mendirikan sebuah bangunan baru yang diperbuat daripada kayu-kayu bulat dan beratap rumbia.
Untuk memudahkan lagi proses pembelajaran di sekolah ini jawatan kuasa sekolah telah berunding dengan pihak Jabatan Pelajaran supaya mengambil alih sekolah rakyat ini untuk di jadikan sekolah bantuan penuh kerajaan. Ekoran dari itu pihak Pejabat Pelajaran telah mengkaji perkembangan pembelajaran disekolah ini dari awal persekolahan hingga tahun 1950 dan dari hasil kajian itu didapati sekolah ini sesuai untuk dijadikan sekolah bantuan penuh kerajaan.
Oleh yang demikian pada 1hb.Ogos 1950 sekolah ini dengan rasminya telah di istiharkan sebagai sebuah sekolah kerajaan. Pihak jawatankuasa sekolah telah mengadakan upacara perasmian pembukaan sekolah ini. Wakil Jabatan Pelajaran telah dihadiri oleh En.Ab.Kadir bin Abdullah selaku tuan ketua pelajaran kelantan. Ikut hadar sama dalam majlis perasmian yang amat bersejarah ini ahíla Tuan Pegawai jajahan Pasir Mas (pada masa itu Tanah Merah terletah dibawah jajahan Pasir Mas). Majlis ini juga ditepung tawar kan oleh seorang bomoh yang mashur En.Senik bin Belok dari kampung Air Machang, Tanah Merah, Kelantan. setelah perasmian itu dibuat bermulalah perkembangan sekolah Batang Merbau sebagai Sekolah bantuan penuh kerajaan. Guru-guru tidak lagi dibayar gaji oleh ibu bapa relajar, malahan seramai tiga orang guru telah dihantar oleh pihak pejabat Pelajaran untuk bertugas di sekolah ini. Guru-guru terbabit ialah:
1. En.Ab.Rahman bin Mahmood (Guru Besar)
3. En.Abdullah bin Muhammad (Guru penolong)
4. En.Ibrahim bin Isa (Guru Penolong)
Bangunan sekolah yang dibina tidak dapat bertahan lama, ia hanya mampu digunakan hanya untuk lima tahun sahaja. Pada 21hb Ogos 1955 jam 3.30 petang, kampung Batang Merbau telah dilanda ribut. Kejadian ini telah menyebabkan banyak kemusnahan berlaku, tidak terkecuali bangunan sekolah serta kemudahan sekolah turut musnah. Banyak kemudahan serta barang-barang sekolah telah rosak dalam kejadian tersebut seperti kerusi,meja dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan murid-murid tidak dapat belajar dengan baik sehingga menyebabkan mereka terpaksa belajar di bawah pokok.
Memandangkan keadaan ini, pihak Jawatan kuasa sekolah telah membuat permohonan sekali lagi dari pihak Jabatan Pelajaran untuk mendirikan sebuah bangunan sekolah yang baru. Setelah dikaji dan diselidiki oleh pihak Jabatan pelajaran, maka mereka telah bersetuju untuk membina sebuah sekolah baru. Pada bulan februari 1956 sekolah baru pun mula didirikan. Pada kali ini sekolah ini didirikan secara kontrak, tidak lagi secara bergotong royong seperti sebelum ini. Setelah siap pembinaannya, maka pada 24 jun 1956 sekolah ini telah digunakan dan sekali lagi diadakan istiadat pembukaan bangunan sekolah baru.
Sekolah baru ini panjangnya 100 kaki dan lebarnya 22 kaki, dicat dengan warna hitam, beratap zing, berdinding papan separuh, berpintu dan tidak bertingkap. Memandangkan keadaan bangunan ini tidak begitu elok dan sesuai untuk digunakan maka atas kerjasama penduduk-penduduk kampung Batang Merbau, bangunan ini dibaiki sekali lagi, dimana dindingnya dipenuhi sampai keatas, dipasang tingkap, ditukar atapnya dan dicat dengan warna yang munasabah. Perkembangan pelajaran di sekolah ini makin pesat dari setahun ke setahun. Muridnya dari 150 orang telah bertambah kepada 225 orang. Pada tahun 1960 pihak jawatan kuasa sekolah terpaksa mengadakan sebuah bangunan tambahan untuk menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah. Bangunan tambahan ini telah didirikan secara bergotong royong dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM 600.00 sahaja. Hasil daripada gotong royong tadi SWekolah Kebangsaan Batang Merbau telah mempunyai dua buah bangunan iaitu satu bangunan separuh kekal dan satu lagi tidak kekal (sementara) untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid. Sekolah ini juga mempunyai sebuah Madang bola/permainan, tandas, kantin dan dua buah rumah guru.
Demi pembangunan yang begitu pesat sekali dimana kerajaan telah mula memberi perhatian yang penuh terhadap pelajaran. Menteri Pelajaran Dato Hj.Muhammad bin Yaacob telas meluluskan satu peruntukan yang besar bagi tujuan mengadakan satu bangunan sekolah batu dua tingkat diatas tanah yang luasnya lebih daripada 13 ekar, di tapak seperti yamg ada pada hari ini.
Awal tahun tujuh pululan, bangunan itu telah mula dibina oleh kontraktor yang bertauliah di bawah kawalan JKR Tanah Merah. Dan pada bulan Ogos 1976, bangunan yang dibina itu telah Sian sepenuhnya dan telah diluluskan oleh pihak JKR Tanah Merah. Dalam bulan yang sama iaitu Ogos 1976 bangunan batu dua tingkat yang panjangnya 210 kaki dan lebarnya 40 kaki mempunyai bilis-bilik untuk perpustakaan, pejabat, bilis guru, tandas, kantin dan lain-lain kemudahan telah dapat diduduki oleh murid-murid yang yang seramai lebih daripada 400 orang. Dengan itu bermulalah sejarah baru pembelajaran di kampung Batang Merbau ini. Sekolah-sekolah yang dibina oleh PIBG pun dirobohkan dan tinggallah seperti yang ada pada hari ini.
Demikianlah secara ringkas sejarah persekolahan di kampung Batang Merbau dan perkembangannya.
Rujukan: Majalah sekolah
SENARAI NAMA GURU BESAR YANG PERNAH BERKHIDMAT DI SEKOLAH KEBANGSAAN BATANG MERBAU DARI
TAHUN 1950 SEHINGGA KINI
2 .DAUD BIN AB.RAHMAN 30.08.1951 HINGGA 01.07.1953
3. ISMAIL BIN OMAR 07.07.1953 HINGGA 25.01.1955
4 .MAHMOOD BIN HJ.AHMAD 05.02.1955 HINGGA 20.06.1955
5. HASSAN BIN SULUNG 21.06.1955 HINGGA 15.01.1963
6. AB.RASHID BIN AHMAD 16.01.1963 HINGGA 31.12.1965
7. NIK NAWI BIN YUSUFF 01.01.1966 HINGGA 16.02.1980
8. JAAFAR BIN MUHAMAD 17.02.1980 HINGGA 30.03.1982
9. HJ.OSMAN BIN ABDULLAH 01.10.1982 HINGGA 04.01.1986
10. RAJA YUSUFF BIN RAJA MAHMUD 15.01.1986 HINGGA 16.04.0988
11. MOHD SAFI BIN HJ.OMAR 17.04.1988 HINGGA 31.12.1988
12. HJ.NORDIN BIN CHE MAN 01.02.1989 HINGGA 31.12.1992
13. HJ.WAN AHMAD BIN WAN SULAIMAN 16.06.1993 HINGGA 01.09.2003
14. ISMAIL BIN YUSUFF 16.10.2003 HINGGA 26.03.2007
15. RAMLI BIN DOLLAH SEKARANG